Langkau ke kandungan utama

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1447H/2025M

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menyertai Pertandingan Perarakan Sempena Sambutan Maulidurrasul SAW Tahun 1447H/2025M dengan menghantar 170 orang anggota di peringkat Negeri Johor dan 70 orang anggota di peringkat Daerah Johor Bahru.
Alhamdulillah, MBJB telah berjaya meraih pencapaian berikut:
 Naib Johan Perarakan Terbaik (Kategori Badan Kerajaan & PBT) Peringkat Negeri Johor
 Johan Pertandingan Sepanduk Peringkat Daerah Johor Bahru
Majlis di peringkat negeri ini turut diserikan dengan keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, turut memberi sokongan YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru serta YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Ithnin.
Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja MBJB atas kejayaan ini. Semoga ia menjadi dorongan untuk terus menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.