7 September 2025 | Restauran Hening Kuala Lumpur
YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad bersama delegasi MBJB hadir dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh pihak Tourism Johor dan Bandar Bursa, Turkiye di Kuala Lumpur bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh ditawarkan antara Johor dan Bursa terutamanya dalam sektor strategik seperti pelancongan yang dilihat mempunyai potensi yang cukup besar.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh TYT Dato’ Syed Mohamad Bakri Bin Syed Abdul Rahman, Bakal Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, YM Ungku Suzana Binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, dan En Mohammad Nazrul Bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor.
Manakala daripada pihak Turkiye pula, dihadiri oleh Tuan Ferhat Erol, Datuk Bandar Kestel, Tuan Hasim Ali Arikan, Datuk Bandar Harmancik dan wakil daripada Lembaga Promosi Bursa .
Perbincangan berlangsung dengan sangat produktif dan penuh kemesraan dan kedua-dua pihak menyatakan minat untuk membentuk kerjasama yang akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak terutama dalam sektor pelancongan berteraskan keunikan budaya, alam semulajadi, pendidikan tinggi dan pelancongan kesihatan.
Semoga usaha yang dirintis oleh Negeri Johor di Kuala Lumpur pada hari ini akan membuka kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dengan Bandar Bursa, malahan juga dengan bandar utama lain di dunia.
Image
