Jabatan Penguatkuasaan
MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) mewajibkan semua pembinaan, termasuk struktur sementara, untuk mendapatkan kelulusan dan permit kerana:
Keselamatan Awam
- Struktur yang tidak diluluskan boleh membahayakan pengguna dan orang awam.
Kesesuaian Guna Tanah
- MBJB perlu pastikan struktur tidak melanggar pelan pembangunan atau guna tanah sedia ada.
Estetika dan perancangan bandar
- Struktur sementara yang tidak dikawal boleh merosakkan imej dan keindahan bandar.
Elak gangguan dan aduan
- Binaan haram boleh mengganggu jiran, lalu lintas, saliran dan utiliti awam.
Pematuhan Undang-undang Kecil MBJB
- Mana-mana struktur tanpa kelulusan boleh dianggap binaan haram dan boleh diambil tindakan sitaan atau roboh.
Kategori Soalan